Polisi bayaran balik

Dikemas kini: 28 Oktober 2026

Polisi ini terpakai kepada pembelian kursus HPT Malaysia daripada UVW Group Sdn. Bhd.. Ia tidak menjejaskan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

1. Versi individu (RM38 dan RM58 seorang)

Anda berhak mendapat bayaran balik penuh jika ketiga-tiga syarat ini dipenuhi:

  1. permohonan dibuat dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian;
  2. anda belum melengkapkan lebih daripada 20% klip kursus; dan
  3. tiada sijil dikeluarkan atas akaun anda.

Selepas tempoh atau syarat itu, bayaran tidak dikembalikan kerana kandungan digital telah dibekalkan dan digunakan. Akses anda kekal sehingga tamat tempoh 12 bulan.

2. Program syarikat (RM700 seorang)

3. Masalah teknikal

Jika kursus tidak dapat digunakan kerana masalah di pihak kami dan kami tidak dapat membetulkannya dalam masa 7 hari bekerja selepas anda melaporkannya, anda berhak mendapat bayaran balik penuh walaupun di luar tempoh di atas. Sila cuba pelayar terkini (Chrome, Safari, Edge) sebelum melaporkan.

4. Cara memohon

  1. Hubungi kami melalui uvw.groupsdnbhd@gmail.com dengan e-mel akaun anda dan tarikh pembelian.
  2. Kami akan menyemak rekod kemajuan dan membalas dalam masa 3 hari bekerja.
  3. Bayaran balik yang diluluskan dibuat ke kaedah pembayaran asal dalam masa 7 hingga 14 hari bekerja. Tempoh sebenar bergantung pada bank atau penyedia kad anda.

Akses kursus dan sebarang sijil berkaitan dibatalkan apabila bayaran balik dibuat.

5. Caj balik (chargeback)

Sila hubungi kami dahulu sebelum memfailkan pertikaian dengan bank. Kebanyakan isu dapat diselesaikan dengan lebih cepat secara terus.