Polisi bayaran balik
Dikemas kini: 28 Oktober 2026
Polisi ini terpakai kepada pembelian kursus HPT Malaysia daripada UVW Group Sdn. Bhd.. Ia tidak menjejaskan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
1. Versi individu (RM38 dan RM58 seorang)
Anda berhak mendapat bayaran balik penuh jika ketiga-tiga syarat ini dipenuhi:
- permohonan dibuat dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian;
- anda belum melengkapkan lebih daripada 20% klip kursus; dan
- tiada sijil dikeluarkan atas akaun anda.
Selepas tempoh atau syarat itu, bayaran tidak dikembalikan kerana kandungan digital telah dibekalkan dan digunakan. Akses anda kekal sehingga tamat tempoh 12 bulan.
2. Program syarikat (RM700 seorang)
- Pembatalan sebelum kod kohort dikeluarkan: bayaran balik penuh.
- Selepas kod kohort dikeluarkan: bayaran balik ikut bilangan peserta yang belum mendaftar dengan kod itu, ditolak caj pentadbiran yang dinyatakan dalam sebut harga.
- Peserta yang sudah mendaftar tidak layak bayaran balik, tetapi boleh diganti dengan pekerja lain sekali bagi setiap tempat jika peserta asal belum melengkapkan 20% kursus.
- Program yang dibiayai melalui geran latihan tertakluk juga kepada syarat pihak pembiaya. Terma dalam sebut harga atau perjanjian bertulis mengatasi polisi ini jika berbeza.
3. Masalah teknikal
Jika kursus tidak dapat digunakan kerana masalah di pihak kami dan kami tidak dapat membetulkannya dalam masa 7 hari bekerja selepas anda melaporkannya, anda berhak mendapat bayaran balik penuh walaupun di luar tempoh di atas. Sila cuba pelayar terkini (Chrome, Safari, Edge) sebelum melaporkan.
4. Cara memohon
- Hubungi kami melalui uvw.groupsdnbhd@gmail.com dengan e-mel akaun anda dan tarikh pembelian.
- Kami akan menyemak rekod kemajuan dan membalas dalam masa 3 hari bekerja.
- Bayaran balik yang diluluskan dibuat ke kaedah pembayaran asal dalam masa 7 hingga 14 hari bekerja. Tempoh sebenar bergantung pada bank atau penyedia kad anda.
Akses kursus dan sebarang sijil berkaitan dibatalkan apabila bayaran balik dibuat.
5. Caj balik (chargeback)
Sila hubungi kami dahulu sebelum memfailkan pertikaian dengan bank. Kebanyakan isu dapat diselesaikan dengan lebih cepat secara terus.